Jumaat, 20 Julai 2012

KERATAN AKHBAR SENAMROBIK 1M1S SK KOTA GELANGGI 1


Warga SK Felda Kota Gelanggi jayakan Senamrobik 1M1S1M

GURU, murid dan ibu bapa menyertai Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SK Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut semalam.
JERANTUT 10 Julai - Seramai 450 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 di sini, termasuk guru, murid dan ibu bapa menjayakan senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia (1M1S1M) hari ini.
Senamrobik yang dijalankan secara serentak di seluruh negara itu dianjurkan Kementerian Pelajaran yang mengambil masa 35 minit bermula pada pukul 8 pagi.
Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Sabri Yakub berkata, program itu merupakan aktiviti yang sangat baik dan wajar dilaksanakan.
"Senamrobik ini merupakan program baik kerana ia memberi manfaat besar kepada semua murid dan guru dalam menjalani gaya hidup yang sihat.
"Saya gembira melihat para guru dan murid bersemangat melakukan senamrobik dan tidak ketinggalan penyertaan di kalangan ibu bapa," katanya kepada Utusan Malaysia di sekolah tersebut di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan