Sabtu, 21 Julai 2012

SUKAN SATUKAN MASYARAKAT



KUALA LUMPUR 21 Julai - Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak percaya sukan adalah satu daripada kuasa yang paling kuat menyatukan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan etnik.
 
Perdana Menteri berkata, di Malaysia, perpaduan paling besar menerusi sukan boleh disaksikan dalam kepelbagaian rakyat ialah keghairahan untuk bola sepak. Beliau berkata demikian dalam entri terbaru berjudul ‘Malaysia Lwn Man City’, sebuah acara untuk ditonton semua dalam blognya www.1Malaysia.com.my, kelmarin. 
 
Katanya, keghairahan itu dapat dilihat bulan lalu apabila jutaan rakyat Malaysia memenuhi setiap restoran mamak pada awal pagi semata-mata kerana mahu menonton siaran langsung Kejohanan Bola Sepak EURO 2012.
 
“Suasana sama sekali lagi boleh dilihat pada hujung bulan ini apabila skuad kebangsaan kita akan bertemu juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, di Bukit Jalil.
 
“Saya berpendapat, adalah penting bagi setiap peminat bola sepak daripada segenap lapisan masyarakat berpeluang ke stadium dan memberi sokongan kepada skuad kebangsaan,” katanya.
 
Manchester City akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada jam 9.30 malam 30 Julai ini. 
 
Najib juga melahirkan rasa gembiranya kerana 50,000 tiket kini dijual pada harga RM10, iaitu harga mampu dimiliki.
 
“Penjualan tiket pada harga yang rendah ini mampu dilaksanakan hasil daripada hubungan rapat antara Malaysia dan pemilik Manchester City, iaitu Abu Dhabi.
 
“Saya amat berbesar hati apabila mereka mengumumkan yang sebahagian besar daripada hasil penjualan tiket itu akan disumbangkan untuk tujuan amal. Sebanyak 60 peratus akan disalurkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya dipetik dari Bernama.
 
Minggu lalu, Perdana Menteri berkata, beliau ada membuat kenyataan melalui laman Twitter bahawa 15,000 pertama daripada tiket itu akan dijual bersempena dengan pelancaran 1Malaysia 4 Youth (1M4U) di KLCC, Ahad lalu.
 
Berikutan itu, katanya, sambutan diterima menggalakkan apabila sebahagian besar daripadanya berjaya dijual pada hari program itu.
 
“Sekiranya anda tidak berpeluang membelinya pada hari itu, tidak perlu bimbang kerana tiket pada harga yang murah itu masih boleh diperoleh dan mereka yang berminat perlu masuk ke laman sesawang 1MDB,” katanya.

Jumaat, 20 Julai 2012

1M1S SK KUALA TAHAN


KLIK SINI SK KUALA TAHAN

1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

TARIKH     :  10 JULAI 2012
HARI          :  SELASA
MASA        :  7.30 - 10.15 PAGI
TEMPAT     :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Program 1murid 1sukan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh warga SK Kuala Tahan. Program ini diadakan serentak di seluruh Malaysia bagi menyahut seruan Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan seramai 315 orang pelajar bermula dari kelas prasekolah hinggalah pelajar tahun 6. Kakitangan sokongan serta pekerja pembersihan swasta dan pengawal keselamatan turut serta. YDP PIBG dan ajk turut serta memberikan sokongan kepada program tersebut.
     Program ini bermula seawal 6.45 pagi dengan kedatangan pelajar dan kehadiran telah direkodkan. Setelah selesai , majlis bermula dengan nyanyian lagu negeri dan lagu kebangsaan. Sebagai gimik pelancaran , En Abdullah b Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan telah memecahkan belon dan menyerahkan salinan CD bagi memulakan acara.
     Acara senamrobik telah bermula pada jam 8.15 pagi . Pasukan tarian yang dilatih oleh Cikgu Nor Idayu Idrus telah memimpin tarian 1murid 1sukan. wajah-wajah ceria warga SKKT menceriakankan lagi aktiviti pagi ini. Acara senamrobik diselang dengan tarian poco-poco. Tarian tamat pada jam 9.45 pagi. 
     Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

FOTO 1MURID 1SUKAN
 Memanaskan badan
 
 Barisan penari.1M1S ....Bersemangat..

1M1S SMK TAHAP


JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH
PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN
(SPI Bil. 16 Tahun 2010)
SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG

Pengerusi       :       Pengetua

Ahli Jawatankuasa     :   
Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah
EN SALIM BIN BAKAR
(GPK Hal Ehwal Murid)
PN NORAINI BINTI MOHAMAD HUSSIN
(Ketua Bidang Sains dan Matematik)

Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan
MAHYUDIN BIN ABDUL MAJID
(GPK Kokurikulum)
PN ZAITON BINTI SHAMSUDIN
(GPK Tingkatan 6)

Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia
TN SYED MAHDZIR BIN SYED NORDIN
(GPK Pentadbiran & Kurikulum)

Jawatankuasa Kecil Pemantauan & Penilaian
EN ABDUL LATIF BIN HARUN
(Ketua Bidang Teknikal & Vokasional)
EN SYED MOHD AL-HADI BIN SYED ALUWI
(Ketua Bidang Pendidikan Islam)

Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme
EN ZAINI BIN MOHD GHAZALI
(Ketua Bidang Bahasa)
EN KHAIRUL IZZAT BIN ISMAIL
(Penyelaras Unit Sukan atau Permainan)
                                               
Jawatankuasa Kecil Kewangan
EN. MD SAID BIN HAJI YUNUS
(Ajk PIBG)
PN SITI NOR BINTI MUHIDIN
(Ketua Bidang Kemanusiaan)

Jawatankuasa Kecil Teknikal
EN WAN SAFRI BIN WAN MUSA
(Ajk PIBG)
EN SHAMSHUL NIZAM BIN MOHD ALI
(Setiausaha Sukan Sekolah)


PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN
JADUAL PERJUMPAAN AKTIVITI

Tarikh : Minggu 1 dan Minggu 3 setiap bulan
Masa : 5.00 – 6.30 petang
HARI
SUKAN / PERMAINAN
PUTERA
TEMPAT
PUTERI
TEMPAT
Isnin
Bola Sepak
Padang Utama
Bola Jaring
Padang Puteri
Bola Tampar
Gelanggang Utama
Hoki
Padang Utama
Selasa
Hoki
Padang Utama
Ping Pong
Dewan Terbuka
Sepak Takraw
Gelanggang Utama
Olahraga
Padang Utama
Rabu
Ping Pong
Dewan Utama
Bola Tampar
Gelanggang Utama
Olahraga
Padang Utama
Badminton
Dewan Utama
Khamis
Badminton
Dewan Utama


Bola Baling
Gelanggang Utama



KEM 1M1S 2011 DI JANDA BAIK


Memperkasa sukan di sekolah


SEBAHAGIAN peserta Kem Satu Murid Satu Sukan (1M1S) menunjukkan tanda 1Malaysia selepas tamat menjalani program tersebut di Air Tenang Resort, Janda Baik, Bentong, baru-baru ini.


BENTONG 17 Okt. - Satu ketika dahulu sukan merupakan aktiviti yang penting bukan hanya untuk kokurikulum dalam sekolah bahkan program kemasyarakatan.
Namun sejak kebelakangan ini, aktiviti sukan di kalangan pelajar sekolah semakin berkurangan kerana segelintir mereka terlalu memberi perhatian kepada akademik sehingga kurang cenderung untuk bersukan.
Melihat situasi itu, Kementerian Pelajaran menjalankan program transformasi pendidikan menerusi Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya nanti.
Perkara itu mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan dasar 1M1S akan mendapat sokongan ibu bapa bagi usaha membentuk modal insan yang holistik.
Ketika merasmikan Program Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah awal tahun ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu untuk tingkatkan prestasi pelajar bukan hanya dari segi akademik tetapi juga kokurikulum.
Dasar yang mendapat reaksi positif warga pendidikan itu bertujuan mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah.
Melalui penglibatan dalam bidang sukan, negara mampu melahirkan pelajar yang mempunyai semangat untuk bertanding dan bersaing secara sihat.
Justeru, itu, seramai 224 murid dan pelajar menyertai Kem 1M1S anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut di Air Tenang Resort Janda Baik di sini pada 6 hingga 8 Oktober lalu.
Program selama tiga hari itu melibatkan 128 pelajar sekolah menengah dan 96 murid sekolah rendah dari seluruh daerah tersebut.
Penyelia Unit Sukan PPD Jerantut, Mohd. Supian Mohd. Kasim berkata, semua peserta dipilih oleh pihak sekolah masing-masing melibatkan empat murid sekolah rendah dan lapan pelajar sekolah menengah.
"Program itu diadakan selama tiga hari dan peserta didedahkan dengan setiap jenis sukan, organisasi kelab dan pengubahsuaian permainan oleh guru yang bertindak sebagai jurulatih," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis penutup program tersebut baru-baru ini.
Mohd. Supian berkata, semua peserta dari sekolah rendah dan menengah digabungkan mengikut kumpulan masing-masing agar mereka dapat berkenalan dan berkomunikasi dengan baik.
Menurutnya, aktiviti pertama yang dijalankan adalah Pengenalan Pengurusan Kelab iaitu pendedahan kepada peserta mengenai organisasi sesebuah kelab sukan serta fungsi setiap pelajar berdasarkan jawatan yang disandang oleh mereka.
"Selepas mendengar ceramah daripada jurulatih, semua peserta kemudian membuat latihan dalam kumpulan bagi membentuk satu organisasi lengkap berdasarkan kelab sukan dipilih dan seterusnya membuat pembentangan kepada ahli kumpulan lain," ujarnya.
Kata Mohd. Supian lagi, peserta kemudiannya diberi penerangan mengenai asas permainan terutama bagi sukan bola sepak, badminton, bola jaring, sepaktakraw dan hoki.
Tambahnya, mereka juga diberi peluang bermain semua jenis permainan tersebut secara bergilir-gilir agar mereka mendapat pengetahuan serta kemahiran yang akan digunakan apabila kembali ke sekolah nanti.
Jelasnya, pada masa yang sama pihaknya turut memberi penerangan mengenai asas pemakanan serta kecederaan dalam sukan.
Beliau berharap para peserta akan menjadi duta sukan dan mengaplikasikan kemahiran yang mereka perolehi melalui kem itu di sekolah masing-masing.

KERATAN AKHBAR SENAMROBIK 1M1S SK KOTA GELANGGI 1


Warga SK Felda Kota Gelanggi jayakan Senamrobik 1M1S1M

GURU, murid dan ibu bapa menyertai Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SK Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut semalam.
JERANTUT 10 Julai - Seramai 450 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 di sini, termasuk guru, murid dan ibu bapa menjayakan senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia (1M1S1M) hari ini.
Senamrobik yang dijalankan secara serentak di seluruh negara itu dianjurkan Kementerian Pelajaran yang mengambil masa 35 minit bermula pada pukul 8 pagi.
Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Sabri Yakub berkata, program itu merupakan aktiviti yang sangat baik dan wajar dilaksanakan.
"Senamrobik ini merupakan program baik kerana ia memberi manfaat besar kepada semua murid dan guru dalam menjalani gaya hidup yang sihat.
"Saya gembira melihat para guru dan murid bersemangat melakukan senamrobik dan tidak ketinggalan penyertaan di kalangan ibu bapa," katanya kepada Utusan Malaysia di sekolah tersebut di sini.

KEM 1M1S JERANTUT 2012


1Murid 1Sukan medan pupuk perpaduan masyarakat majmuk


PARA peserta Kem 1M1S menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis penutup kem tersebut di SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 10 Julai - Penganjuran Kem 1Murid 1Sukan (1M1S) oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut di sini, baru-baru ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kegiatan kokurikulum, tetapi menjadi medan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan sejak di bangku sekolah.
Penyelia Unit Sukan PPD Jerantut, Mohd. Supian Mohd. Kasim berkata, program tersebut dilihat berjaya memupuk semangat setia kawan antara murid yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
"Jika di sekolah, mereka tidak dapat bergaul kerana murid ini terpisah dengan aliran Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta Tamil namun kelihatan ceria dan seronok berkawan sepanjang kem selama tiga hari itu.

"Paling mencuri perhatian apabila murid kaum India, S. Yogenthiran, 10, dari SJK Tamil Jerantut di sini menjadi ketua murid dan menjalankan tugas dengan baik bersama murid-murid Cina dan Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Kem 1M1S Daerah Jerantut yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Haidzir Mohd. Akil di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, di sini.
Menurutnya, kem itu melibatkan seramai 92 murid dengan setiap sekolah menghantar empat wakil serta 23 guru dan dikendalikan 10 guru terlatih.
"Program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai lima sukan teras iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, hoki dan badminton selain pengurusan organisasi kelab dan pengubahsuaian permainan," ujarnya.
Beliau memberitahu, aktiviti pertama yang dijalankan adalah Pengenalan Pengurusan Kelab iaitu pendedahan kepada peserta mengenai organisasi sesebuah kelab sukan serta fungsi setiap murid berdasarkan jawatan yang disandang.
"Selepas mendengar ceramah jurulatih, semua peserta kemudiannya membuat latihan dalam kumpulan bagi membentuk organisasi yang lengkap berdasarkan kelab sukan dipilih dan seterusnya membuat pembentangan kepada ahli kumpulan lain," jelasnya.
Mohd. Sopian berkata, para peserta kemudian diberi peluang bermain semua jenis permainan tersebut secara bergilir-gilir supaya mendapat pengetahuan serta kemahiran yang akan digunakan apabila kembali ke sekolah.
"Hasilnya, kita harap para peserta akan menjadi duta sukan dan mengaplikasikan kemahiran yang mereka peroleh melalui kem ini di sekolah masing-masing," jelasnya.

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan Jerantut


Taklimat oleh GPK Kokurikulum
Kedatangan pelajar dicatatkan
KU SPK, YDP PIBG & Penyelia Sukan


Ucapan Perasmian oleh KU SPK

Penyelia Sukan & KU SPK PPD Jerantut
KU SPK, GPK Pentadbiran, YDP PIBG &  CC SMK Padang Saujana
Para guru yang terlibat

SMK Padang Saujana, 10 Julai 2012- Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan peringkat daerah telah dijalankan di sekolah berkenaan.  Alhamdulillah, saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita menjayakan Program Senamrobik yang dilancarkan serentak di seluruh negara pada pagi yang berbahagia ini.
Program Senamrobik ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertetapan dengan dasar kerajaan untuk memupuk gaya hidup sihat bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah para guru juga.
Program senamrobik ini kelihatan mudah dan ringkas, hakikatnya ia memberi impak yang besar kepada pencapaian akademik pelajar. Ungkapan "minda yang cerdas datangnya dari badan yang sihat" itu tidak boleh dinafikan lagi. Pelajar yang sihat badanya, sihat mindanya mampu mendepani masalah dengan bijaksana dan berhemah terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi yang begitu hebat hari ini.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Program Senamrobik SMK Padang Saujana serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa dedikasi dan keringat yang dicurahkan, sudah tentu program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan lancar dan berkesan