Sabtu, 11 Ogos 2012

Olimpik London (27 Julai-12 Ogos 2012)



AKSI Bryan Nickson Lomas yang membuat terjunan di dalam acara 10m platform individu lelaki di Pusat Akuatik London. Lomas gagal ke peringkat separuh akhir selepas menduduki tempat ke-19 daripada 32 penerjun dengan mengumpul 434.95 mata daripada enam terjunan. - Foto Khairul Ghazali
    • AKSI pasangan Korea Selatan, Chung Jae Sung bersama  Lee Yong-dae (tidak kelihatan) ketika membalas hantaran beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Hong dalam acara badminton beregu lelaki Kumpulan D pada temasya Olimpik 2012 London, pagi tadi. Malaysia tumpas 16-21, 11-21. - Foto AP
    • Atlit memanah negara, Cheng Chu Sian (kanan) membuat panahan ketika bertembung dengan rakan senegara, Khairul Anuar Mohamad pada pusingan awal acara memanah individu sempena Sukan Olimpik London di Lord Criket Ground, semalam. Khairul Anuar mengalahkan Cheng Chu Sian untuk mara ke pusingan kedua. - Foto BERNAMA
    • Aksi penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, semalam.
    •  Meilutyte  mengalirkan air mata meraikan kejayaan meraih emas acara 100 meter kuak dada, semalam.
    • Atlit Korea Utara, Kim Un-Guk ketika mencipta rekod dunia dalam dua acara snacth dan clean and jerk.
    •  Matsumoto (kanan) berentap dengan Caprioriu pada aksi final bawah 57kg, semalam.
    • Phillips memeriksa kudanya sebelum memulakan perlumbaan dalam kemunculan sulungnya di Olimpik, semalam.
    • Pemain nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan cabaran Sukan Olimpik 2012 dengan kemenangan bergaya menumpaskan pemain tinggi lampai dari Finland, Ville Lang, 21-8, 14-21, 21-11 dalam perlawanan Kumpulan A di Arena Wembley, London, hari ini. - Foto BERNAMA
    • Atlit Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo sebak ketika dikalungkan pingat emas selepas berjaya memecah rekod dunia acara angkat berat 53kg wanita pada temasya Olimpik 2012 London, semalam. - Foto REUTERS
    • Pemanah muda negara, Haziq Kamaruddin ketika beraksi menentang pemanah dari Kazakhstan, Denkin Gankin, semalam.
    • Jurulatih Serbia, Dejan Udovicic memberi arahan kepada pemainnya ketika acara polo air lelaki.
    • Gelagat penyokong Mexico ketika perlawanan bola sepak Olimpik antara Mexico dan Gabon.
    • Gimnas Amerika Syarikat, Alexandra Raisman menangis kegembiraan selepas mara ke final all-round.
    • Seorang atlit acara 'Tideland Olympics' sempat bergambar walaupun badannya penuh dipenuhi lumpur.
    • Peninju Kazakhstan, Gani Zhailauov diasak lawan dari Thailand dalam kategori bawah 60 kg.
    • Atlit negara, Yu Peng Keang melawan Zied Mannad dari Mesir dalam acara sabre individu lelaki.
    • Aksi Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun tiga meter papan anjal.
    • Aksi pemain Argentina, Sebastian Simonet (kiri) cuba dihalang pemain Iceland pada saingan bola baling Kumpulan A.
    • Atlit Perancis, Celine Goberville (kiri) ceria menangi pingat perak acara air pistol 10m.
    • Reaksi atlit angkat berat Indonesia, Jadi Setiadi.
    • Pemain Mesir, Ahmed Hegazi (kiri) bersaing hebat dengan pemain New Zealand pada saingan Kumpulan C di Stadium Old Trafford.
    • Sugoi Uriarte (putih) dari Sepanyol bersaingan dengan atlit Hungary, Miklos Ungvari acara Judo 66kg.
    • Gaya Leisel Jones dari Australia pada saingan 100m kuak dada.
    • Atlit Nigeria, Blessing Okagbare, Tianna Madison (AS) dan Murielle Ahoure (Ivory Coast) bersaing dalam separuh akhir 100m.
    • PESERTA Sepanyol, Diego Ruiz (tengah) terjatuh ketika bersaing dalam acara saringan 1,500m lelaki. - Foto AFP
    • WAKIL Jepun, Kayoko Fukushi, Hitomi Niiya dan Mika Yoshikawa bersaing dalam acara 10,000m akhir wanita. - Foto AFP
    • PERENANG AS, Missy Franklin (tengah) bersama pingat emas kuak lentang wanita 200m diapit Anastasia Zueva dari Russia dan Elizabeth Beisel (AS). - Foto AFP
    • ATLIT Poland, Tomasz Majewski bersaing dalam acara lontar peluru Sukan Olimpik. - Foto AFP
    • Aksi pemain Amerika Syarikat, Serena Williams ketika mengembalikan hantaran kepada pemain Belarus, Victoria Azarenka dalam pertemuan separuh akhir perseorangan wanita di All England Tennis Club, Wimbledon. Serena menang 6-1, 6-2. - Foto AFP
    • Kombinasi gambar menunjukkan aksi pemanah yang bertanding pada temasya Sukan Olimpik London. - Foto AFP
    • JAGUH pecut wanita Amerika Syarikat, Sanya Richards-Ross (tengah) bersaing pada acara saringan 400m. - Foto AFP
    • AKSI pemain ping pong wanita Poland, Nataila Partyka ketika membuat servis kepada pemain Singapura pada temasya Sukan Olimpik di The Excel Centre, London. - Foto AFP
    • OLGA Rypakova dari Kazakhstan bersaing pada pusingan kelayakan acara lompat kijang wanita. - Foto AFP
    • AKSI Datuk Lee Chong Wei ketika bertemu Chen Long (gambar kecil) dari China dan menang 21-13, 21-14 untuk mara ke final badminton perseorangan lelaki Olimpik 2012 London. - Foto AFP
    • ATLIT memanah negara, Khairul Anuar Mohamad (kanan) mara ke suku akhir acara memanah individu Sukan Olimpik 2012 selepas menewaskan peserta tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan kedua acara memanah individu  di Lord Criket Ground pada Sukan Olimpik London. - Foto BERNAMA
    • AKSI Lee Chong Wei ketika menundukkan pemain India, P Kashyap 21-19, 21-11 di suku akhir di Arena Wembley, awal pagi tadi. - Foto AP
    • KOHEI Uchimura beraksi dalam acara gimnastik artistik.
    • AKSI Li Xiaoxia ketika mengungguli final ping pong.
    • KIM Jangmi dari Korea Selatan meraih emas acara menembak.
    • REAKSI Ruben Limardo dari Venezuela selepas menang emas lawan pedang.
    • AKSI beregu Malaysia, Koo Kian Keat dan Tan Boon Heong ketika bertemu beregu Thailand di Arena Wembley, London, sebentar tadi. Pasangan negara layak ke separuh akhir selepas menang 21-16, 21-18. - Foto Khairul Ghazali
    • Pemain Badminton  negara, Lee Chong Wei bersalaman dengan pemain Indonesia Simon Santoso selepas menundukkan Santoso pada Sukan Olimpik London di Arena Wembley. Chong Wei menumpaskan Santoso dengan keputusan 21-12, 21-8. - Foto BERNAMA
    • Kelly Smith (kanan) dari Britain dicabar pertahanan Brazil Erika ketika perlawanan bola sepak wanita di Stadium Wembley, yang menyaksikan tuan rumah menang 1- 0. - Foto AFP
    • Penerjun China, Chen Ruolin dan Wang Hao beraksi pada 10m platform wanita akhir. Mereka memenangi emas pada acara tersebut. - Foto AFP
    • Tony Estanguet dari Perancis bersaing pada akhir Slalom kenu C-1 lelaki di Lee Valley Whitewater Center, London. - Foto AP
    • Maiya Maneza dari Kazakhstan memenangi pingat emas kategori 63kg. - Foto AP
    • Gimnas Amerika Syarikat, Alexandra Raisman memperagakan aksi menarik dalam acara senaman lantai gimnastik artistik berpasukan wanita. - Foto Reuters
  • AKSI Bryan Nickson Lomas yang membuat terjunan di dalam acara 10m platform individu lelaki di Pusat Akuatik London. Lomas gagal ke peringkat separuh akhir selepas menduduki tempat ke-19 daripada 32 penerjun dengan mengumpul 434.95 mata daripada enam terjunan. - Foto Khairul Ghazali
  • Atlit dari Cyprus, Chrystalleni Trikomiti beraksi dalam disiplin reben kategori individu di Wembley. - Foto AFP
  • Naatele Sem Shilimela (kanan) dari Namibia dihalang oleh atlit Korea Utara, Yang Kyong Il dalam acara Gusti kategori 55kg. - Foto AFP
  • Reaksi pelari Amerika Syarikat, Carmelita Jeter ketika memenangi final 4x100m. - Foto AFP
  • Atlit taekwondo Turki, Servet Tazegul meraikan kemenangan menumpaskan wakil Iran, Mohammad Bagheri Motamed dalam final kategori 68 kg. - Foto AP
  • Aksi atlit lompat kijang  Itali, Daniele Greco dalam saingan final. - Foto AP
  • ATLIT terjun negara, Pandelela Rinong (kanan) merangkul pingat gangsa  dalam acara Terjun 10 Meter Platform di Pusat Akuatik Olimpik, pada Sukan Olimpik London,  Pingat emas dimenangi penerjun China, Chen Ruolin (tengah) sementara pingat perak oleh penerjun Australia, Brittany Broben. - Foto BERNAMA
  • Pemain Jepun, Yuki Ogimi (tengah) dihalang penjaga gol Amerika Syarikat, Hope Solo dan Rachel Buehler (16) dalam perlawanan akhir bola sepak wanita di Stadium Wembley, London. - Foto Reuters
  • Pasukan renang berirama Kanada membuat persembahan. - Foto AFP
  • Perenang Perancis, Ophelie Aspord  bersedia untuk bersaing acara renang maraton. - Foto AFP
  • Rambut atlit taekwondo Perancis,  Marlene Harnois jadi tumpuan. - Foto AP
  • KOMBINASI wajah atlit ketika beraksi dalam acara terjun sepanjang temasya Olimpik 2012 London. Dari kiri atas, atlit China, Qin Kai, Qin Kai (China), Yahel Castillo Huerta (Mexico). Dari kiri baris kedua, Illya Kvasha (Ukraine), Yahel Castillo Huerta (Mexico), Qin Kai (China). Dari kiri bawah, Patrick Hausding (Germany), Yahel Castillo Huerta (Mexico), He Chong dari China. - Foto REUTERS
  • AKSI atlit China, Ruixue Jing (kanan) dan Lubov Volosova dari Russia ketika bertarung dalam acara gusti Greco-Roman wanita kategori 63kg pada temasya Olimpik 2012 di London, awal pagi ini. - Foto REUTERS
  • Pelumba trek sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang (dua dari kanan) mengikuti rapat legenda British, Chris Hoy ketika acara keirin lelaki akhir di Velodrom Olimpik, awal pagi tadi. - Foto EPA
  • ATLIT Amerika Syarikat, Gabrielle Douglas terjatuh selepas gagal mengimbangi badan ketika acara akhir gimnastik wanita di Arena North Greenwich pada temasya Olimpik 2012 London, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
  • ATLIT angkat berat Uzbekistan, Ruslan Nurudinov kecewa selepas gagal mengangkat bebanan dalam acara 'clean and jerk' 105kg lelaki di ExCel sempena temasya Olimpik 2012 London, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
  • Murray meraikan kejayaan meraih emas tenis Olimpik, semalam.
  • Richards-Ross (tengah) menuju garis penamat 400m, semalam.
  • Sebahagian daripada persembahan semasa perasmian temasya Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Olimpik. - Foto Khairul Ghazali
      Yang  bangga menunjukkan pingat emas emas gaya bebas 400m. PELARI sensasi Jamaica, Usain Bolt (kanan) ketika menamatkan lariannya dalam acara final 100m Olimpik 2012 London, awal pagi tadi. Beliau meraih emas dengan catatan masa 9.63 saat menewaskan rakan senegaranya, Yohan Blake (perak) dan pelari Amerika Syarikat, Justin Gatlin (kiri) ditempat ketiga. - Foto AFP
  • Atlit negara ketika memasuki stadium pada majlis pembukaan Sukan Olimpik 2012. - Foto AP
    AKSI Federer (kiri) dan Serena ketika bersaing dalam kategori masing-masing pada Temasya Olimpik 2012 London.JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei muram pada majlis penyampaian pingat selepas gagal menjinakkan Lin Dan (tengah) yang memenangi pingat emas di final badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, malam tadi.
  • Pemain Britain,, Karen Carney (tengah)  berebut bola dengan pemian Cameroon,  Ajara Nchout (kiri)  di  Stadium Millenium, kelmarin.Skuad Brunei memasuki stadium pada majlis pembukaan Sukan Olimpik 2012. - Foto Reuters
    ATLIT Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce (tiga dari kiri) mendahului acara 100m meter akhir wanita.
  • Kontinjen Malaysia berarak masuk ke dalam stadium dengan diketuai Chef De Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, Pandalela Rinong semasa perasmian temasya Sukan Olimpik di Stadium Olimpik di London. - Foto Khairul GhazaliPancaran  bunga api menerangi stadium pada acara pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London. - Foto EPA
    Sebahagian daripada persembahan semasa perasmian temasya Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Olimpik. - Foto Khairul Ghazali
  • 
Penyokong Britain bersorak selepas atlit tuan rumah, Jessica Ennis memenangi emas heptatlon.
    • Atlit gimnastik Australia, Georgia Bonora pamer gaya persembahan tersendiri pada saingan kelayakan Gimnastik Artistik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan